Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Kuala paku dipilih kerana dulunya ada sebatang sungai yang dipanggil “kuala” oleh penduduk di sini. “Kuala” tersebut dipenuhi pokok paku pakis , orang kampung memanggil dengan gelaran kampung kuala paku pakis, namun disingkatan menjadi Kuala Paku. Sehingga hari ini sungai di Kuala Paku masih ada sungai yang telah dibina jambatan .



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI PUSAT DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2017

Dengan adanya Program Klik Dengan Bijak ini, setiap peserta yang terdiri daripada pelajar kurang upaya (OKU) dapat mendekatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh PI1M Kemahang...baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2017

Kelas ini bertujuan untuk membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan melalui online dan usahawan dapat menimba ilmu dalam bidang perniagaan online serta dapat merapatkan ukwah antara staff pi1m dengan usahawan.
...baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENGGUNAKAN APLIKASI MICROSOF OFFICE & PAINT

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Pertandingan menggunakan perisian Microsoft Office & Paint diadakan untuk memperkenalkan penggunaan software dan aplikasi ini kepada pengguna. Ia juga sebagai satu langkah untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar...baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

KDB DAN PERTANDINGAN MEWARNA SK BATU GAJAH

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2017

Pertandingan mewarna dan bercerita ini di adakan khas untuk pelajar Pra- Sekolah SK Batu Gajah dengan bantuan guru kelas dan guru penyelaras Pra. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengekpresikan bakat masing-masing dan juga mendidik pelajar tentang Klik Dengan Bijak dengan kerjasama Pi1M Kg Belimbing, Chawas dan Kuala Paku....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA STAFF PI1M TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2017

Majlis sambutan hari raya ini anjuran bersama Pi1m Kg Chawas, Pi1m Kuala Paku & Pi1m Felda Kemahang 3 untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri 2017....baca selanjutnya

LIKE SHARE & WIN FACEBOOK

Aktiviti Terkini | 16 - 20 Jun 2017

Program like share & win facebook diadakan untuk meramaikan ahli dalam page tersebut secara langsung mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia Kuala Paku...baca selanjutnya

Program KDB, E-Waste Dan Pameran Robotik Di Karnival Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri

Aktiviti Terkini | 24 - 25 Mei 2017

Program ini melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan teknologi dengan berhemah dan merapatkan hubungan antara guru, pelajar serta pengunjung dan pihak pengurusan PI1M selain memberi pendedahan tentang apa itu robotik kearah kemahiran berfikir aras tinggi...baca selanjutnya

Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017

Aktiviti Terkini | 07 - 09 Mei 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM KERJAYA PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IPOH

Aktiviti Terkini | 01 April 2017

Tujuan utama program untuk memberi pendedakan mengenai program E-waste yang dijalankan di PI1M....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENJAWAB KUIZ KEPADA PENGGUNA DI PI1M KUALA PAKU

Aktiviti Terkini | 27 - 31 Mac 2017

Pertandingan menjawab kuiz kepada pengguna di PI1M Kuala Paku diadakan untuk menarik peserta yang datang ke PI1M dengan aktiviti yang dijalankan dan merapatkan hubungan antara pengunjung dengan staf PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM GROOMING CLASS BERSAMA PENDUDUK GUAL IPOH

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Program Grooming class koloberasi Pusat Internet Kuala Paku, Chawas & Belimbing diadakan untuk menarik minat orang ramai untuk datang ke Pusat Internet 1 Malaysia terutamanya golongan wanita. Program ini dapat mempromosi aktiviti Pi1M dan menambah penyertaan ahli Pi1M. Selain itu, program klik dengan bijak (KDB) dan E-waste juga diadakan...baca selanjutnya

BOX OF SURPRISES

Aktiviti Terkini | 20 - 31 Januari 2017

Aktiviti ini untuk menarik minat orang ramai untuk datang ke PI1M Kuala Paku dengan menawarkan pelbagai hadiah. Soalan akan diajukan kepada para pengunjung, soalan yang akan diajukan berkaitan dengan ICT bagi jawapan yang betul meraka akan mendapat hadiah yang disediakan di PI1M Kuala Paku...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti