Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Kuala paku dipilih kerana dulunya ada sebatang sungai yang dipanggil “kuala” oleh penduduk di sini. “Kuala” tersebut dipenuhi pokok paku pakis , orang kampung memanggil dengan gelaran kampung kuala paku pakis, namun disingkatan menjadi Kuala Paku. Sehingga hari ini sungai di Kuala Paku masih ada sungai yang telah dibina jambatan .



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PERTANDINGAN MEWARNA PELAJAR TADIKA YANG TERJEJAS BANJIR

22 Feb 2015

Pertandingan MEWARNA pelajar tadika yang terjejas banjir di adakan untuk membantu dan menceriakan para pelajar tadika yang terjejas banjir.... Read More

PERTANDINGAN KUIZ SECARA ONLINE

31 Januari 2015

Pertandingan kuiz secara online diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Gual Ipoh kepada masyarakat setempat. Program ini diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia seperti kelas komputer... Read More